Friday, February 21, 2014

Resepi Rainbow Cookies




Rainbow Cookies @ Lidah kucing


Bahan - bahan

- 250 gm  mentega
-175 gm   gula kaster
-100 ml   putih telur @ 2 or 3 biji (dah try sukat)
-200 gm  tepung gandum
-50  gm   tepung jagung
-1/4 sudu teh emplex (perangup biskut, di ade baru menjadi biskut tu)


Cara - cara

1.  Anyak tepung gandum, tepung jagung dan emplex (ketepikan dahulu)
2.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim
3.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4.  Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata
5.  Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan perwarna
     berlainan (ungu, biru, hijau, kuning, oren, merah)
6.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang            lidah kucung mengikut susunan warna pelangi *taknak ikut pon takpe

      *Adunan ni boleh dapat dalam 4 - 5 loyang je taw



Loyang rainbow cookies @ lidah kucing


Nak makan pon selera..sebab tengok kaler je :)