Thursday, December 15, 2011

Tip Hubungan Berkekalan


Hai kawan2..lame tol aen x update blog an..
dah truk dah ni smpai bersawang2 dah :)
ok hari ni aen nk kongsikan tip hubungan pasangan 
kekasih o couple 2 berkekalan..aen pon nk gne tip ni jgk :)


SAYANGI DENGAN HATI BUKAN DENGAN PERASAAN
  • Jika kamu meletakkan sesuatu hubunagan berdasarkan perasaan, ianya tidak akan bertahan lama.    Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikurt keadaan, masa dan situasi.  Oleh kerana itu, sebagai jalan tebaik kamu mesti menyayangi mereka dengan ikhlas dan sepenuh hati.  Ini kerana jika kita meletakkan perhubungan kita berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk kita serta pasangan untuk selama-lamanya.


TERIMA SEADANYA
  • Kita tahu tidak semua manusia yang  sempurna di muka bumi ini, jadi kita hendaklah menerima si dia seadaanya serta menerima segala kekurangan dan kelemahannya.  Walupun pasangan kita tidak sempurna kita hendaklah mengaggap dia lah insan yang paling istimewa selain ibu bapa kita.


HARGAILAH PENGORBANANNYA
    • Si dia mesti telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin.  Oleh sebab itu, kita hendaklah menghargai segala pergorbanan si dia dan jangan sesekali terfikir untuk memainkan hati dan perasaan si dia.


YAKIN PADA KEISTIMEWAANNYA
  • Setiap individu pasti mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah mempunyai keistimewaan yang tersendiri.  Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak dan kaya, itu tentu bonus untuk kita.  Jika pasangan kamu seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya.  Jangan sesekali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting dia mencintai kita.