Thursday, October 27, 2011

Kelebihan dan Kekurangan Si Kidal..

hai....dah lame x update blog ni...ni datang rajin nk update entry bru...pasal Si Kidal .. ok...actually ain pon kidal jgk...sbb 2 berminat nk tulis pasal Si Kidal ni :D 


Kelebihan. . .si kidal :  

~ Menulis~
 Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

~Kreativiti~
 Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

~Kamera~
 Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Kekurangan. . si kidal :

~Kesukaran~
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

~Penggunaan Peralatan kebanyakan ada *untuk* tangan kanan sahaja~
example :  Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
exampe : Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

~Kelemahan Aspek~
* Pengurusan* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerja rumah/surirumah
* Pelajar

FAKTA

Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

 Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.


* Individu Kidal, Individu Elastik



~Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan 


kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu 


kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua 


kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang 


kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.


ok info ni je dapat saya kongsikan ..nk taw lebih lanjut tekan  sini

                                                  p/s..bole like jgk di page...INI    :D